KUALA LUMPUR, 31 Okt – Pengunjung KLCC hari ini digemparkan dengan penemuan beberapa objek dipercayai beg yang disyaki mengandungi bom, tengah hari tadi.

Objek berkenaan ditemui di bahagian tepi bangunan di antara pintu masuk utama Suria KLCC dan pintu masuk Menara 2 KLCC.

Susulan itu, polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) bergegas ke lokasi sejurus dimaklumkan mengenai perkara itu. Anggota UPB lengkap berpakaian kalis letupan dilihat memeriksa beg berkenaan.

Mereka dilihat melakukan prosedur membabit tekanan bunyi kuat seperti letupan sebelum beredar keluar dari kawasan itu dengan membawa beg berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Keramat dan Unit HAZMAT turut dipanggil pada jam 12.35 tengahari tadi untuk membantu memantau keadaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, sebentar tadi mengesahkan objek yang ditemui itu adalah tiga beg berisi pakaian.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY