SEPANG, 13 Nov – Semakin Banyak…….. Bekalan minyak masak di pasaran telah mula
meningkat sejak minggu lepas dan dijangka pulih sepenuhnya minggu ini, kata
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihak pembekal minyak masak yang ditemuinya pada minggu lepas memberi jaminan akan mendapatkan bekalan daripada pengilang bagi menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak terutama paket bersaiz satu kilogram di pasaran.

Menurutnya kementerian juga akan terus melaksanakan operasi di seluruh
negara pada setiap hari bagi memastikan pembekal dan peruncit mengikut peraturan
yang ditetapkan.

“Dari minggu lepas bekalan sudah meningkat jadi tidak timbul lagi soal bekalan kurang. Minggu ini sepatutnya kembali pulih,” katanya kepada media di sini hari ini. – WD MY