KAHERAH24 Mac – Bebas….. Hosni Mubarak, yang disingkirkan pada 2011 dan pemimpin pertama dibicarakan selepas Arab Springs melanda rantau itu, dibebaskan hari ini.

Peguamnya berkata, bekas Presiden Mesir itu meninggalkan Hospital Tentera Maadi, lokasi beliau ditahan sejak enam tahun lalu menuju ke rumahnya di Heliopolis.

Mahkamah Rayuan, awal bulan ini membebaskan Mubarak daripada dakwaan membunuh penunjuk perasaan pada kebangkitan rakyat 2011 yang mengakhiri pemerintahannya selama 30 tahun. – WD MY