BEKU AKAUN PARTI TIDAK AKAN LUMPUHKAN PARTI

BEKU AKAUN PARTI TIDAK AKAN LUMPUHKAN PARTI

478
0

KUALA LMPUR,JULAI 10: BEKU….Pembekuan akaun UMNO tidak akan melemahkan parti keramat Melayu itu sebaliknya menjadi pembakar semangat juang ahli-ahlinya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, budaya baharu yang dibawa Pemuda memperlihatkan ahli-ahli khususnya di peringkat akar umbi sedia berkorban apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan parti.

Katanya, perkara itu jelas dalam dilihat ketika program turun padang Pemuda UMNO ke tiga negeri seperti di Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah apabila akar umbi menyediakan penginapan, makan minum dan sebagainya.

“Kita bawa budaya baharu dengan akar umbi sedia berkorban demi perjuangan. Saya turun padang hanya bermodalkan tiket kapal terbang sahaja, penginapan dan makan minum semuanya disediakan.

“Mereka (akar umbi) mengeluarkan duit poket sendiri. Jangan ingat apabila bekukan akaun kami akan lumpuh, apabila ditekan semangat akar umbi semakin membara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda UMNO selepas Pemilihan UMNO 2018 lalu di Menara Dato’ Onn di sini semalam.

Sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO baru-baru ini telah dibekukan Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-MY WD