BANGKOK, 9 MEI – BENTUK….. Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand hari ini mengumumkan keputusan pilihan raya Thailand yang sudah lama tertangguh, tujuh minggu selepas Pilihan Raya Umum pada 24 Mac lalu bagaimanapun tiada pihak yang jelas memenangi pilihan raya itu bagi membentuk kerajaan Thailand.

Hari ini suruhanjaya itu mengumumkan keputusan yang lama dinanti-nantikan iaitu 149 daripada 150 senarai kerusi parti kerana satu kerusi iaitu Chiang Mai terpaksa mengadakan pilihan raya kecil.

Dalam pengumuman itu sebanyak 26 parti politik mendapat tempat daripada 149 senarai kerusi parti, jumlah tertinggi dalam sejarah negara itu.

Parti berorientasikan Pemuda Future Foward Party, diketuai bintang politik yang meningkat naik Thanathorn Juangroongruangkit mengetuai senarai kerusi parti dengan 50 kerusi diikuti Democrat 19 kerusi, Palang Pracharat (18), Bhumjaithai (12).

Sebanyak 13 parti kecil seperti Rak Dhamma, New Democracy dan Pracha Niyom masing-masing mendapat satu kerusi.

Parti Pheu Thai, parti yang dikaitkan dengan perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra memenangi 137 daripada 250 kerusi kawasan pilihan raya , namun gagal memperoleh sebarang senarai kerusi parti kerana pengiraan senarai kerusi parti yang rumit yang menutup peluang mana-mana parti mendapatkan jumlah kerusi yang menguntungkan mereka. – WD MY