PUTRAJAYA, 28 April – Bukit Merah Belum Diisytihar Kawasan Bencana…. Aspek kewangan dan perundangan perlu diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan untuk menentukan sama ada Bukit Merah diisytihar sebagai kawasan bencana disebabkan fenomena El Nino.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terdapat implikasi lebih mendalam yang perlu dihadapi sekiranya kawasan berkenaan diisytihar kawasan bencana terutama dari segi bayaran pampasan kepada petani.

Beberapa kaedah yang difikirkan sesuai akan dipertimbangkan kerajaan persekutuan ketika ini seperti pemasangan paip air ke tasik merah, mendalamkannya atau meninggikan kawasan tebatan di kawasan berkenaan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY