KUALA LUMPUR, 25 Nov – Keputusan muktamad belum dibuat sama ada
Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung secara tertutup tanpa liputan
media, kata setiausaha agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut beliau berkata sekiranya media mengawal tatalaku mereka dan tidak
memutarbelitkan cerita, UMNO mungkin membenarkan mereka membuat liputan.

“Sebab, masalahnya ialah kerana anda semua. Apabila kami adakan perhimpunan
secara terbuka, anda suka pilih cerita dan putar belit cerita tentang kami.
Kalau anda boleh jaga perangai, saya juga boleh buat begitu. Saya boleh
membukanya kepada anda semua.

“Tunggulah sekejap. Kami akan beritahu keputusannya kepada anda. Jangan
bimbang, belum lagi, keputusan belum dibuat lagi. Saya akan maklumkan kepada
anda tidak lama lagi,” katanya kepada media di lobi Bangunan Parlimen petang tadi.

Dalam sidang akhbar terdahulu, Tengku Adnan berkata UMNO membuat keputusan
bahawa perhimpunan agungnya pada bulan depan akan diadakan secra tertutup tanpa
liputan media termasuk media arus perdana, bagi mengelak berlakunya manipulasi
berita.

Menurutnya ada kecenderungan dalam kalangan media khususnya media dalam
talian dan portal berita untuk menyiarkan berita tidak betul dan
memutarbelitkan fakta.- Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY