KOTA BHARU, 13 Dis – Bendera…… Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dikibarkan di Istana Balai Besar di sini, pada 12 malam tadi.

Istiadat menaikkan bendera itu dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim.

Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja.

Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selama lima tahun, bermula hari ini. – WD MY