KUALA KANGSAR, 7 Jun – Jangan Fitnah….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan fitnah dan tohmahan terhadap mana-mana calon pilihan raya kecil bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Tambah beliau, bersempena bulan mulia ini, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan fahaman politik dan fokus kepada ibadah puasa dan membaca Al-Quran.

Beliau berucap pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Ramadan Al-Mubarak di Masjid Jamek Al-Ansar, Kampung Senggang.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan golongan asnaf dari sekitar Kuala Kangsar serta menyampaikan surat tawaran kepada 112 peserta Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

Ahmad Zahid kemudiannya ke Masjid Khairiah Kg Sayong Lembah Kuala Kangsar.

Ketibaan beliau disambut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ahmad Zahid menunaikan Solat Isyak berjemaah dan Solat Sunat Tarawih di masjid itu. – WD MY

LEAVE A REPLY