BERLIN, 25 Julai – Diserang Pengebom….. Satu maut manakala 10 lagi cedera dalam letupan yang berlaku hampir lewat malam di Ansbach, berhampiran Bandaraya Nuremberg.

Jurucakap polis berkata, setakat ini belum ada maklumat mengenai punca letupan yang dilaporkan pada jam 10.12 malam waktu tempatan.

Jurucapak bagi Menteri Dalam Negeri Bavarian berkata masih tidak jelas sama ada letupan itu berlaku secara sengaja atau sebaliknya.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri Bavarian, Joachim Herrmann sudah diberikan taklimat mengenai kejadian itu.

Akhbar The Nuernberger Nachrichten melaporkan letupan berlaku di sebuah restoran di Ansbach.

Stesen televisyen Jerman, NTV melaporkan, pegawai keselamatan mengesyaki letupan disebabkan oleh kebocoran gas.

Satu festival muzik yang berdekatan dengan tempat letupan sudah dibatalkan. – WD MY

LEAVE A REPLY