BERPEGANG TEGUH DENGAN KONSEP ‘WALA’

BERPEGANG TEGUH DENGAN KONSEP ‘WALA’

412
0

PEKAN, MAC 31:BERPEGANG…Ahli Barisan Nasional (BN) perlu berpegang teguh kepada konsep wala’ atau kesetiaan terhadap pemimpin sekiranya mahu parti itu terus kukuh dan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, soal dalaman menjadi aspek penting dalam menentukan hala tuju sesebuah parti dan bukannya faktor-faktor luaran.

“Walaupun kita nampak boleh menang boleh jadi keadaan akan bertukar jika tidak wala’.

“Bila kita wala’, kita setia kepada parti, jangan setia kepada pertimbangan lain,” katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya BN Parlimen Pekan yang dihadiri kira-kira 7,000 ahli parti itu di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.-WD