BERSIH Antara NGO Yang Dikesan Cuba Menjatuhkan kerajaan – Ahmad Zahid

0
264
KUALA LUMPUR 03 DECEMBER 2016. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kesan…… Beberapa pertubuhan termasuk BERSIH dikesan antara yang sudah diresapi Revolusi Merah, gerakan yang mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan yang demokratik secara revolusi tanpa keganasan.

Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pertubuhan lain yang turut terbabit ialah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam, Malaysiakini.com dan Sarawak Report mengikut laporan risikan yang diperoleh.

Timbalan Presiden berkata, di dalam laporan risikan itu menyatakan organisasi seperti Bersih 2.0 sudah menjalankan lima siri demonstrasi jalanan yang kita ketahui semuanya ditaja oleh George Soros menerusi Institut Demokrasi Kebangsaan dan Open Society Foundation (OSF).

“Ini seperti yang diakui oleh (Pengerusi Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah dalam laporan dalam The Malaysian Insider pada 27 November 2011.

“Beliau mengakui menerima wang daripada OSF yang kononnya mahu menjayakan aktiviti menuntut pilihan raya yang adil dan saksama, tetapi hakikatnya mereka telah melancarkan revolusi warna kuning untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

“Polis telah bertindak dengan kuasa-kuasa yang ada pada mereka, yang terakhir kita tahu di dalam usaha untuk mereka cuba lancarkan revolusi warna ini, ya polis sudah bertindak secara profesional dan berlaku adil.

“15 (pemimpin) kuning ditahan, 15 (pemimpin) merah ditahan. Polis buta warna.

“Polis harus lakukan keadilan, polis harus buta warna,” katanya ketika ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016, hari ini. – WD MY