KUALA LUMPUR, 26 Mac – Anak syarikat milik penuh Bina Puri
Holdings Bhd, Bina Puri Sdn Bhd dianugerahi projek loji rawatan kumbahan oleh
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bina Puri Holdings berkata kontrak meliputi
pembinaan, pelengkapan, pengujian dan pentauliahan Loji Rawatan Kumbahan
Serantau Bunus termasuk penyelenggaraan selama 12 bulan.

Projek yang bernilai RM291.16 juta itu akan disiapkan dalam tempoh 18
bulan. Ia akan mempertingkat kapasiti muatan rawatan pelepasan kumbahan
sebanyak tiga kali ganda daripada unjuran 1.1 juta penduduk menjelang 20135.

Projek terbaharu ini menjadikan nilai projek belum dibina dalam tangan
Kumpulan berjumlah RM2.11 bilion setakat ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY