KEPALA BATAS,MEI 13:UMNO….UMNO Pulau Pinang dijangka mengadakan perbincangan lanjut berhubung hala tuju parti itu sebaik pembentukan Kerajaan Persekutuan dan negeri selesai.

Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata pihaknya kini menantikan pembentukan kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) dan majlis angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dijadualkan esok.

Katanya, sebaik kedua-duanya selesai, beliau akan mengusulkan pertemuan dengan kesemua pucuk pimpinan UMNO negeri bagi membincangkan situasi dan hala tfuju parti.

“Kita tunggu dan biar semuanya selesai dahulu kemudian satu pertemuan akan diusulkan.

“Kehadiran UMNO masih lagi diperlukan dan ia dibuktikan dengan kemenangan yang diperoleh untuk kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor,” katanya selepas Majlis Kesyukuran sempena Ulangtahun UMNO ke-72, di sini, malam tadi.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, beliau mengakui bakal melalui suasana lebih sukar apabila kerajaan sudah bertukar, namun ia bukan penghalang untuk terus berkhidmat untuk masyarakat kawasan itu.

“Kekalahan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah luar jangkaan kita apabila kerja-kerja turun padang yang dijalankan, kita tidak dapat satu aduan mengenai calon-calon yang bertanding apatah lagi mereka sebelum ini adalah wakil rakyat di sini ketika pilihan raya lalu-MY WD