KANGAR, 1 Julai – Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini menyumbangkan buah kurma
dan air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim agihan yang bermula
hari ini termasuk kepada surau-surau terpilih dijangka selesai sebelum 10 Julai
ini, katanya kepada media selepas menyerahkan sumbangan itu kepada
wakil-wakil UMNO Bahagian di Perlis di sini, hari ini.

Beliau berkata biro kebajikan parti itu turut menyumbangkan kain untuk
sepasang baju Melayu kepada pegawai masjid dan surau.

“(Bagaimanapun) saya ingin menjelaskan bahawa tidak semua pegawai masjid
akan mendapat kain baju Melayu kerana ramai telah menerimanya sejak program ini
dilaksanakan tiga tahun lepas,” katanya.

Setiap masjid diperuntukkan 10 kilogram kurma dan 10 liter air zam-zam,
katanya dan menambah bagi negeri Perlis, sebanyak 105 buah masjid dan tiga surau
mendapat sumbangan itu.

Menurut Abdul Azeez sumbangan untuk negeri Sarawak dan Sabah akan dibuat
melalui Pejabat Ketua Menteri masing-masing pada 8 dan 9 Julai ini.
Biro. -Hairul Ismail (WD MY)

LEAVE A REPLY