DETROIT, 11 Feb – BMW mengumumkan pada Rabu untuk menarik balik 840,000 unit kenderaan di Amerika Syarikat yang dipasang dengan beg udara keluaran Takata Corp.

Panggilan balik itu membabitkan kereta dan SUV BMW model keluaran tahun 2006 hingga 2015.

Model berkenaan tidak termasuk dalam panggilan balik disebabkan kecacatan produk beg udara keluaran Takata sebelum ini, kata BMW.

Langkah itu berikutan pihak berkuasa keselamatan automotif AS pada bulan lalu mengumumkan 5.1 juta kenderaan di AS dipasang dengan beg udara keluaran Takata yang tidak selamat kepada penumpang.

Beg udara berkenaan dilengkapi pengelembung yang boleh meletus dengan terlalu kuat sehingga boleh menghamburkan serpihan logam ke dalam kenderaan dan membahayakan penumpang. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY