KUALA LUMPUR, 8 April – Kumpulan BMW Malaysia menafikan dakwaan
pembangkang bahawa kerajaan membeli enam buah kereta baharu BMW 7 Series.

“Kami di Kumpulan BMW Malaysia ingin menjelaskan bahawa kereta-kereta yang
disebut dan dirakam gambarnya tidak dibeli oleh Putrajaya,” kata Pengarah Urusan
dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Alan Harris dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kereta-kereta itu ialah sebahagian daripada komitmen Kumpulan
BMW Malaysia sebagai Rakan Automotif bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-28 yang akan
berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi dari 24 hingga 28 April ini.

“Kumpulan BMW Malaysia akan menyediakan kumpulan kereta BMW 7 Series dan BMW
5 Series yang akan digunakan untuk membawa orang kenamaan, pegawai dan VIP bagi
sidang kemuncak Asia Tenggara itu hujung bulan ini,” kata beliau.

Portal-portal berita pembangkang dalam talian hari ini melaporkan Anggota Parlimen
Pandan Rafizi Ramli mempersoalkan mengenai penggunaan Jata Negara pada
keenam-enam kereta mewah itu, yang ditempatkan dalam bilik pameran di Puchong.

Pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Setiausaha Agung PKR itu
bertanya sama ada kerajaan telah membeli kereta-kereta mewah itu.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY