PASIR SALAK, 25 Sept – Mesyuarat Khas….Barisan Nasional akan mengadakan satu mesyuarat khas Khamis depan bagi membincangkan syor persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihanraya SPR baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mesyuarat itu akan disertai setiausaha setiap parti komponen BN dan juga UMNO bagi menyuarakan pendapat berhubung syor terbabit sebelum satu keputusan dibuat dan kemudiannya akan diserahkan kepada SPR.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak. – WD MY

LEAVE A REPLY