ALOR SETAR, APRIL 17:TIDAK GENTAR….Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan anaknya Datuk Seri Mukhriz di Jerlun kerana BN ada calon yang berkaliber.

Beliau yakin calon-calon BN itu boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

Semalam, Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa Mukhriz juga akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Jitra.

Ahmad Bashah berkata rakyat Langkawi perlu berhati-hati dan menilai sendiri tindakan Dr Mahathir seperti ‘kacang lupakan kulit’ kerana beralih arah ke Langkawi meninggalkan kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakilinya selama 30 tahun.

“Beliau perlu ingat selama ini rakyat Kubang Pasu yang menyokong dan membolehkannya bertanding atas tiket BN sehingga mampu menjadi perdana menteri,” katanya. MY WD