KUALA LUMPUR, 23 Sept – Lantik……Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat
kuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
pelantikan itu dibuat mengikut perlembagaan BN selepas MCA
dan MIC mengemukakan usul mengenainya.

“Mesyuarat ini memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
sebagai Timbalan Pengerusi BN yang baharu. Usul ini dicadangkan oleh MCA dan MIC
dan telah diterima sebulat suara,” katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, hari ini.

Pada 3 Ogos tahun lepas, Ahmad Zahid menerima watikah pelantikan sebagai
Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan
Kabinet yang diumumkan Najib pada 28 Julai tahun lepas.

Mesyuarat BN hari ini turut dihadiri oleh semua presiden parti komponen BN. – WD MY

LEAVE A REPLY