KUALA LUMPUR, FEB 26 – BARISAN NASIONAL….Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai yakin dapat merampas kembali kerusi itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata keyakinan itu berdasarkan gerak kerja dan sokongan positif yang diterima BN untuk menawan kerusi yang ditandinginya pada PRU13.

“Sekarang saya berkeyakinan lebih besar berbanding dahulu (PRU13), mungkin suatu masa dulu saya lebih sibuk sebagai menteri dan banyak tanggungjawab yang diserahkan kepada pegawai-pegawai saya.”

“Dalam tempoh lima tahun ini saya teruskan perjuangan BN dan sejak itu saya sendiri banyak turun padang bagi membantu dan menyelesaikan masalah rakyat sini,” katanya kepada pemberita pada Program Mega Rondaan SRS Bersama Boss di sini hari ini.

Raja Nong Chik turut menyampaikan gerak keja dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional telah memberi keyakinan kepada jenera BN untuk menawan kerusi parlimen, yang mempunyai lebih separuh pemilih berdaftar terdiri daripada pengundi Melayu.

“Sokongan rakyat kali ini juga lebih baik berbanding pada PRU13. Hanya yang saya tak boleh baca sepenuhnya adalah jika ada perkara-perkara yang berlaku saat akhir nanti seperti pengundi dikelirukan dan diputar belit dengan pelbagai isu.”

“Ramai bekas penyokong PKR di kawasan ini telah beralih kepada BN selepas mereka putus asa dan kecewa dengan wakil rakyat mereka yang gagal membela nasib penduduk di sini, situasi ini membuatkan BN mempunyai peluang cerah berbanding PRU lepas,” katanya.-MY WD