KUALA LUMPUR 26 Jan. – KERJASAMA….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Maktab PDRM ┬áhari ini.

Nota kerjasama tersebut ditandandatangani oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Hadir sama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dab Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Menerusi nota kerjasama tersebut, siasatan kes kebakaran yang sebelum ini dilaksanakan oleh PDRM diserahkan sepenuhnya kepada JBPM.

Bagaimanapun, sekiranya hasil siasatan JBPM mendapati kejadian kebakaran mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melaporkan dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan.

Setelah menyaksikan majlis menandatangai nota kerjasama tersebut Ahmad Zahid turut menyempurnakan majlis pelancaran PDRM Night Run 2018 yang akan diadakan pada 17 Mac ini sempena Hari Polis ke-211. – WD MY