KUALA LUMPUR, 4 Julai – Selamatkan……… 18 orang terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Pisang berdekatan Taman Rimba Klasik Sendayu di Gombak dekat sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku ketika enam lelaki dan 12 wanita berusia dari 19 hingga 23 tahun itu menyertai aktiviti rekreasi di sungai berkenaan kira-kira 6 petang semalam.

“Paras air Sungai Pisang naik menyebabkan mereka tidak dapat menyeberangi sungai itu,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mereka dapat diselamatkan pada 10.40 malam tadi,” kata Mohd Sani.

Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang diarah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu pada 8 malam. – WD MY