SARAJEVO, 3 Julai – Hargai….. Presiden Bakir Izetbegović hadir ke rumah terbuka kedutaan Malaysia di Sarajevo petang semalam.

Hubungan baik yang terjalin diantara UMNO dan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Bosnia Herzegovina itu di hargai oleh rakyat dan kerajaan memerintah khususnya dalam membantu umat Islam di negara tersebut.

 

Perkara itu diterjemahkan dengan pertemuan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berada di Sarajevo untuk bertemu dengan Presiden Bakir.

 

Presiden Bakir turut menyampaikan rasa terima kasih terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO yang prihatin dengan nasib rakyat dan penduduk di Bosnia Herzegovina.

 

Beliau turut memaklumkan kepada Tengku Adnan bahawa kagum dengan usaha Malaysia dalam membanteras gejala keganasan terrorism Daesh serta banyak membantu negara itu dan umat Islam.

Tengku Adnan turut menjemput Parti politik SDA itu untuk melawat Malaysia. – WD MY