KUALA LUMPUR,OGOS 25:BR1M… Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menegaskan, rakyat tidak patut merasakan mereka boleh mendapatkan wang tanpa bekerja.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja kerajaan akan berikan wang kepada mereka.-MY WD