KUANTAN, 24 Feb – PERUNTUKAN…. ¬†Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan peruntukan kira-kira RM6.3 bilion akan diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara, bermula Isnin ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata pengagihan bantuan itu akan dilakukan secara tiga peringkat.

Katanya, majlis pelancaran fasa pertama akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, esok, manakala penerima lain boleh mula menyemak akaun bank masing-masing pada Isnin.

“Pengagihan akan diteruskan seperti sebelum ini, iaitu mereka yang layak akan menerima bantuan dalam tiga peringkat… maknanya, jika mereka layak menerima RM1,200, kita agihkan RM400 dahulu dan bakinya akan dimasukkan ke akaun mereka untuk fasa kedua dan ketiga,” katanya. – WD my