JOHOR BAHARU, 16 Mei – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan
bertujuan untuk memalaskan rakyat tetapi merupakan jaringan sosial rakyat dan
cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat, kata
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menjelaskan niat kerajaan adalah untuk meringankan beban
rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

“Ini bukan cadangan saya, ia cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara
untuk tolong 40 peratus rakyat (berpendapatan rendah), bukan nak beli undi dan
maksud politik tapi untuk tolong rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian
penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini.

Kenyataan Najib, yang juga Menteri Kewangan itu dilihat sebagai mengulas
kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang
mendakwa pemberian BR1M memalaskan rakyat.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY