LONDON, 26 Julai – Umum….. Kerajaan Britain hari ini, dijangka mengumumkan keputusan untuk melarang penjualan semua jenis kereta menggunakan petrol dan diesel mulai 2040, sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengatasi masalah pencemaran udara.

Akhbar tempatan melaporkan, langkah berkenaan adalah susulan pengumuman yang sama oleh Kerajaan Perancis pada awal bulan ini.

Mengikut rancangan itu yang dijangka diumumkan hari ini, pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan levi kepada pemandu kenderaan diesel mulai 2020, jika kualiti udara tidak bertambah baik. – WD MY