LONDON, 26 April- Tidak Dapat Bersaing, Britain BHS Mungkin Ditutup….. Rangkaian pusat beli belah Britain BHS, syarikat peruncitan berusia 88 tahun mungkin ditamatkan operasi selepas memberhentikan 11,000 pekerja.

Suatu ketika dahulu, ia adalah syarikat peruncitan utama Britain, tetapi prestasi BHS merosot dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan tidak berupaya memenuhi permintaan dalam industri fesyen yang pantas berubah, jualan dalam talian dan penambahbaikan perkhidmatan pelanggan.

BHS memiliki 8,000 kakitangan tetap, manakala 3,000 lagi adalah pekerja secara kontrak di 164 cawangannya.

Diletakkan di bawah pentadbiran adalah satu kaedah perlindungan kreditor, bermakna ia adalah syarikat berprofil tinggi Britain yang akan ditamatkan operasi selepas Phones4U pada 2014 dan Woolworths pada 2008.

Tumpuan kini kepada bekas pemiliknya, Philip Green, bilionair peruncitan yang menjual syarikat itu pada harga satu pound tahun lalu kepada pelabur yang kurang dikenali.

Beliau membeli syarikat itu pada harga 200 juta pound pada tahun 2000.

Dengan defisit pencen 571 juta pound (AS$828 juta), pengawal selia pencen sedang menyiasat sama ada pemilik sebelum ini cuba mengelak obligasi mereka.

“Kumpulan itu akan terus berniaga sebagai biasa sementara pentadbir akan mencari pembeli bersesuaian,” kata Philip Duffy dan Benjamin Wiles, pengarah urusan firma pengstrukturan Duff & Phelps yang dilantik sebagai pentadbir.

Penganalisis melihat prospek sukar untuk mendapatkan pembeli berdasarkan kesukaran dihadapi Green sebelum ini.

Mereka berpandangan senario yang mungkin berlaku ialah aset BHS akan dilupuskan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY