SUNGAI BESAR, 9 Jun – Umum Manifesto…… Calon Barisan Nasional pilihan raya Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mengumumkan manifesto beliau pada satu sidang media di Pusat Gerakan BN, Pasir Panjang.

Manifesto menyebut beliau akan menumpukan sepenuh daya usaha, tenaga, memberikan tumpuan dengan tanggungjawab serta memastikan setiap dasar, inisiatif dan bantuan Kerajaan Persekutuan dilaksana agar ia dinikmati semua penduduk Sungai Besar.

Tiga aspek utama menjadi fokus beliau iaitu “1 Keluarga 1 Mahasiswa”; mencambah inovasi dan idea baharu untuk meningkatkan taraf ekonomi Sungai Besar; dan memperkenalkan Sungai Besar sebagai Pusat Eco-Pelancongan.

Hadir sama pada pengumuman manifesto ini, Ketua Biro Undang-undang Pemuda Nasional Gerakan bersama pemimpin Gerakan. – WD MY

LEAVE A REPLY