KUALA LUMPUR, 5 Mei – Buka Cawangan Di KL……Facebook (FB) memperkukuhkan kehadirannya di rantau Asia Tenggara apabila membuka pejabat cawangannya di KL Sentral, di sini.

Naib Presiden FB Asia Pasifik, Dan Neary berkata langkah itu juga bagi memperkemaskan lagi jalinan hubungan antara pengguna rangkaian laman sosial itu di Malaysia.

Menurutnya, pembukaan pejabat berkenaan menandakan usaha FB membantu syarikat di Malaysia memperkukuhkan perniagaan menggunakan platform media sosial.

Neary dalam taklimatnya kepada media tempatan pagi tadi berkata, Malaysia kini merekodkan 18 juta pengguna FB dengan sekurang-kurangnya 13 juta aktif pada setiap setiap hari.

“Jumlah itu juga menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi di Asia Tenggara. Pengguna FB di Malaysia mengatasi Thailand, Filipina dan Indonesia,” katanya. Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY