KUALA LUMPUR, 3 Mac – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
berkata golongan Bumiputera perlu mengubah cara pemikiran ke arah lebih berdaya saing di peringkat
global selain meneroka bidang yang diberi keutamaan oleh kerajaan ketika ini.

Menurut beliau, mereka perlu keluar daripada kepompong pemikiran yang hanya berpuas hati
dengan penguasaan sebanyak 30 peratus dalam ekonomi negara.

“Antara sektor yang banyak diberi penekanan termasuk sektor minyak,
aeroangkasa serta marin dan kita perlu bimbing dan lahirkan usahawan yang bukan
hanya menumpang tapi memiliki perusahaan ini,” katanya kepada media selepas
merasmikan sambutan Hari Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke-49 di sini, hari ini.

“Kita tidak mahu mereka bersaing hanya dalam pentas 30 peratus tetapi lebih
daripada itu, kita mesti bergerak ke depan untuk berjaya dalam hidup termasuk
dalam bidang pendidikan dan keusahawanan,” katanya.

Tambah Mohd Shafie,”Kita nak mereka mampu keluarkan idea yang kita boleh pasarkan dan selaras
untuk membolehkan mereka jadi usahawan berjaya. Ini yang kita nak pastikan kelak
bila kita taja mereka dalam bidang pendidikan, mereka keluar dengan ada
penetapan minda yang betul.” – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY