MEKAH, 10 Jun – BUNUH DIRI…. Seorang jemaah nekad membunuh diri di Masjidil Haram, Arab Saudi, ketika solat tarawih sedang berlangsung.

Laporan berita tempatan melaporkan, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu merupakan seorang warganegara Asia yang menetap di Eropah.

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Mayat lelaki tersebut telah pun dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai. – WD MY