PETALING JAYA, 5 Feb – BUNUH….. Lelaki membawa mayat teman wanitanya ke Balai Polis Damansara selepas membunuhnya dalam kereta di kawasan sebuah pasar raya di Kota Damansara.

Cemburu kerana wanita itu akan berkahwin dengan lelaki lain dipercayai motif pembunuhan.

Lelaki terbabit yang memandu Honda City putih, menyerah diri di Balai Polis Damansara petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif kejadian.

“Polis masih mengenal pasti butiran lanjut kejadian ini termasuk mendapatkan keterangan daripada suspek lelaki terbabit.

“Setakat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – WD MY