KUALA LUMPUR,OGOS 16:BURSA…Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan oleh aktiviti jualan dalam kebanyakan kaunter utama, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah di Wall Street dan pasaran saham Eropah dalam tempoh semalaman, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 5.79 mata lebih lemah iaitu 1,780.15 daripada penutup Rabu iaitu 1,785.94.

Indeks berkenaan dibukat 3.82 mata lebih rendah pada 1,782.12.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 209 berbanding 68 dengan 183 kaunter tidak berubah, 1,421 tidak didagang dan 30 yang lain digantung.

Jumlah saham berada pada 125.55 juta unit dengan nilai RM44.88 juta.-MY WD