KUALA LUMPUR, 30 Sept – Panggilan Bom…… Sebanyak dua panggilan ancaman bom diterima kira-kira jam jam 1 tengah hari tadi oleh kakitangan Bursa Malaysia Bhd di Bukit Kewangan di sini, daripada individu tidak dikenali.

Pemanggil mendakwa ingin meletupkan kuil Korttu Malai Pillayar di Jalan Persiaran Maybank, kira-kira 500 meter dari bangunan Bursa Malaysia.

Sumber memberitahu, individu terbabit mengancam untuk meletupkan bangunan Bursa Malaysia Bhd dan kuil berkenaan selepas solat Jumaat hari ini.

Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan manakala semua kakitangan diarah mengosongkan bangunan. – WD MY

LEAVE A REPLY