KUALA LUMPUR,JUN 21:BURSA…Bursa Malaysia semakin susut pada tengahari untuk mengakhiri sesi pagi lebih rendah disebabkan penjualan berterusan di tengah-tengah ketidaktentuan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, selain penurunan harga minyak mentah.

Pada 12.30 tengahari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut di bawah paras kritikal 1,700, susut 18.47 mata kepada 1,691.28.

Ia adalah paras terendah sejak 8 Februari 2017 apabila FBM KLCI ditutup pada 1,688.50.

Indeks itu dibuka 0.69 mata lebih kukuh pada 1,710.44 berbanding 1,709.75 penutup Rabu dan bergerak antara 1,689.0 dan 1,710.71 sepanjang sesi.

Peniaga berkata kebimbangan berhubung pertelingkahan perdagangan, selain penurunan harga minyak menjelang mesyuarat OPEC Jumaat, mengehadkan selera pelabur untuk mengambil risiko.-MY WD