KUALA LUMPUR,OGOS 25:RENDAH…RENDA Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, ditarik turun penurunan saham utama terpilih, diterajui Public Bank dan Petronas Gas, kata peniaga.

Pada 12.30 tengahari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.09 mata kepada 1,802.78 selepas bergerak antara 1,798.84 dan 1,806.61 sepanjang sesi.

Indeks itu dibuka 4.52 mata lebih rendah pada 1,806.35, berbanding 1,810.87 penutup Khamis.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 489 berbanding 235 dengan 376 tidak berubah manakala 790 tidak didagangkan dan 34 yang kain digantung.

Sejumlah 927.12 juta saham bertukar tangan bernilai RM774.89 juta.-MY WD