KUALA LUMPUR,JULAI 25:BURSA….Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini sungguhpun sentimen positif menyelubungi pasaran dengan aktiviti pengambilan untung dalam saham utama, kata peniaga.

Pada 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 0.50 mata pada 1,762.43 berbanding 1,762.93 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 1.98 mata lebih rendah pada 1,760.95.

Bagaimanapun, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 183 berbanding 88 dengan 209 tidak berubah manakala 1,450 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung.

Sejumlah 170.56 juta saham bertukar tangan bernilai RM90.06 juta.-MY WD