KUALA LUMPUR, OGOS 14:BURSA RENDAH…Bursa Malaysia ditutup rendah susulan tekanan jualan secara menyeluruh dengan sentimen pasaran terus tidak menentu disebabkan faktor luaran, kata peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut kepada 1,783.40, turun 22.41 mata berbanding penutupan 1,805.75 pada Jumaat lalu.

Indeks dibuka 2.10 mata lebih rendah pada 1,803.65 dan bergerak antara 1,782.70 dan 1,804.41 sepanjang hari.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 764 berbanding 213 manakala 335 tidak berubah, 583 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.06 bilion unit bernilai RM2.21 bilion daripada 2.19 bilion unit, bernilai RM2.04 bilion yang diurus niaga pada Jumaat.

Ketua Pegawai Urus Niaga M&A Securities Sdn Bhd, R Sundararajah berkata prestasi pasaran ekuiti global diheret turun oleh krisis yang menjejaskan mata wang Turki, lira, yang terus menyusut berikutan keputusan Presiden Donald Trump mengenakan tarif yang lebih tinggi serta ancaman sekatan, pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata pasaran saham Malaysia mengekalkan daya tahannya, berdasarkan asasnya yang kukuh dan akan menahan tekanan luaran yang dijangka berterusan dalam jangka masa pendek.

“Kita semakin memperoleh keyakinan pelabur asing susulan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam pelbagai sektor untuk menarik pelaburan asing,” katanya.

Sundararajah juga berkata kebanyakan pembeli sedang menunggu untuk melihat reaksi Dow Jones Industrial Average malam ini (pada pembukaannya) terhadap krisis di Turki memandangkan saham di Eropah berhadapan ketidaktentuan.

“Kebanyakan saham perbankan di Eropah susut antara 0.9 peratus dan 2.6 peratus memandangkan bank-bank Eropah menjalankan urus niaga dengan Turki, dan ini secara langsung menyebabkan Bursa Saham London mengalami kemerosotan,” katanya.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.88, Public Bank turun dua sen kepada RM24.38, Tenaga susut 22 sen kepada RM15.56, Petronas Chemicals turun 12 sen kepada RM9.09 dan CIMB merosot empat sen kepada RM5.89.

Bagi kaunter cergas, IHH, yang merupakan antara kaunetr paling rugi, turun 30 sen kepada RM5.45, namun Edaran meningkat 26 sen kepada 71.5 sen manakala Borneo Oil tidak berubah pada enam sen.

Bagi kaunter paling rugi, Malaysia Airports turun 53 sen pada RM9.33, Far East susut 50 sen kepada RM13.50 manakala KESM merosot 40 sen kepada RM17.50.

Indeks FBM Emas merosot 155.65 mata kepada 12,614.84, Indeks FBM Emas Shariah susut 191.27 mata kepada 12,757.61 dan Indeks FBM Ace merosot 84.92 mata kepada 5,464.48.

Indeks FBMT 100 turun 154.49 mata kepada 12,392.35 dan FBM 70 susut 187.19 mata kepada 15401.59.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 78.06 mata kepada 17,498.12, Indeks Perladangan turun 102.46 mata kepada 7,610.37 dan Indeks Perusahaan merosot 26.68 mata kepada 3,242.67.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.25 bilion saham bernilai RM1.95 bilion berbanding 1.41 bilion saham bernilai RM1.84 bilion yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 532.69 juta unit bernilai RM170.75 juta berbanding 404.61 juta unit bernilai RM112.24 juta yang diurusniagakan sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 283.87 juta saham bernilai RM87.20 juta berbanding 369.92 juta saham bernilai RM90.41 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 106.20 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (236.56 juta), pembinaan (96.50 juta), perdagangan dan perkhidmatan (530.54 juta), teknologi (89.09 juta), infrastruktur (13.67 juta), SPAC (2.34 juta (36.01 juta), hotel (2.89 juta), hartanah (113.23 juta), perladangan (18.40 juta), perlombongan (23,400), REIT (7.21 juta).-MY WD