KUALA LUMPUR, 29 Mac – Cadang…. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan penggunaan gelaran Datuk Bandar di Putrajaya dan Labuan, sebagaimana di Kuala Lumpur.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata cadangan itu akan dikaji terlebih dahulu kerana ia membabitkan banyak pindaan perundangan untuk Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Beliau berkata demikian selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Wilayah Persekutuan 2016, semalam.

Ketika ini, gelaran bagi pentadbir pihak berkuasa tempatan di PPj ialah presiden manakala di PL ketua pegawai eksekutif.

Sementara itu, pada majlis itu, seramai 916 petugas kementerian menerima anugerah perkhidmatan cemerlang daripada Ahli Parlimen Putrajaya itu. – WD MY