PUTRAJAYA, MAC 21 – CADANGAN.. Cadangan pembangkang untuk memecat pegawai tinggi kerajaan jika menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai tidak masuk akal dalam keadaan tenaga kerja perkhidmatan awam yang adakalanya tidak mencukupi, KATA Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bukan itu sahaja, untuk menampung keperluan sektor awam, beliau berkata kerajaan mengambil pekerja secara kontrak dan sambilan.

“…tidak tahu mana letak ‘sense’ mereka,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Terminal Pengangkutan Awam dan Pusat Penjaja Bumiputera semalam.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sesi dialog di Seremban, akan memecat semua pegawai tertinggi kerajaan jika menang PRU14 – WD MY