SHAH ALAM, DISEMBER 19: CAJ…. Kadar caj murah yang dikenakan menjadi punca ramai rakyat di negara ini membazir dalam penggunaan air.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata, caj air di negara ini RM 0.52 sen meter padu berbanding negara jiran lain yang sudah mencecah RM1.

“Di Malaysia, pengguna dapat menikmati kemudahan air 24 jam berbanding negara lain yang ada antaranya kekurangan air. Ditambah pula dengan caj air yang murah.

“Kerana itu ramai rakyat Malaysia membazir dan tidak menghargai air,” katanya dalam Wacana Sinar siri ke-80 bertajuk Konservasi Air: Di Manakah Malaysia.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab SPAN untuk menyedarkan pengguna supaya lebih menghargai air, namun ia bukan tugas yang mudah.

“Kita memang sedang melaksanakan langkah-langkah tertentu, tetapi yang paling penting adalah kesedaran pengguna itu sendiri,” katanya.-MY WD