KUALA LUMPUR, 25 JUN – JUMPA….. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pertemuan beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam tidak membincangkan peralihan kuasa antara mereka.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, perbincangan dengan Presiden PKR itu berkisar kepada isu biasa.

“Cakap benda biasa saja, tiada apa-apa,” katanya kepada media.

Ditanya mengenai laporan media bahawa beliau memberi tempoh tiga tahun sebelum menyerahkan tugas kepada Anwar, Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah berjanji sedemikian.

“Saya hanya nak betulkan kerja (sebelum peralihan kuasa),” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir petang semalam. – WD MY