KUALA KANGSAR, 18 Jun – Mastura Mengundi…….Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Muzwin di sini.

Beliau tiba di pekarangan sekolah berkenaan pada pukul 8.28 pagi dengan diiringi isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis serta dua anaknya, Wan Iskandar dan Wan Mohammad Amar.

Mastura kemudian memasuki dewan mengundi bagi melaksanakan tanggungjawabnya dan keluar semula dua minit kemudian.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara dan Bebas.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. – WD MY

LEAVE A REPLY