KAJANG, 25 FEB – CALON PH SENYAP….. Pengamal media tercari-cari di manakah calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali mengikuti aktiviti berkempennya hari ini, pada tarikh 25 Februari 2019.

Jadual harian yang sepatutnya dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp khas calon PH  pada awal pagi ini oleh pihak jentera pengelola, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kemas kini sehingga pukul 9 pagi ini.

Jentera pengelola jadual calon itu seolah-olah membisu apabila ditanya media mengenai jadual aktiviti Muhammad Aiman, sejak lewat malam tadi.

Jadi, dimana sebenarnya Muhammad Aiman?

Spekulasi liar mula menerjah di minda para media yang beranggapan mungkin calon PH itu ‘direhatkan’ daripada liputan media atau hanya media-media tertentu sahaja dibenarkan ‘berkawan’ untuk membuat liputan calon PH tersebut.

Jika benar hanya segelintir media dibenarkan membuat liputan Muhammad Aiman, ia jelas tidak menggambarkan Malaysia baharu yang kononnya mengamalkan prinsip kebebasan media.

Belum lagi tiba hari pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, jentera calon PH nampaknya sudah ‘koyak’ dan tewas lebih awal dengan isu-isu panas yang dibawa oleh media-media bukan milik kerajaan.