PARIS, 20 April – Tunjuk Perasaan…..Berpuluh-puluh penunjuk perasaan berarak di Marseille bagi membantah calon Presiden, Marine Le Pen, menjelang perhimpunan akhirnya di bandar pelabuhan di selatan negara itu.

Beberapa penunjuk perasaan turut bertempur dengan pihak polis, malam semalam, hingga memaksa pihak berkuasa itu melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa mereka bersurai.

Salah seorang penunjuk perasaan, Gaspard Flamant, 26, berkata beliau menyertai tunjuk perasaan itu kerana khuatir Le Pen akan memenangi pusingan pertama proses undian bagi memilih presiden.

“Kita sudah melihat Trump, kita sudah Brexit…jadi saya rasa tidak percaya,” katanya.

Dua calon utama Presiden Perancis akan menyertai proses pemilihan pada 7 Mei ini.

 

Keputusan pungutan suara yang dikeluarkan semalam, menunjukkan Le Pen dan seorang lagi calon presiden, Emmanuel Macron berkongsi kedudukan di tempat pertama. – WD MY