LONDON, 13 Sept -. Tamatkan Kerjaya Politiknya…… Bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron, mengumumkan peletakan jawatannya dalam Parlimen, sekali gus menamatkan kerjaya politiknya.

Beliau yang jarang dilihat kelibatnya sejak meninggalkan Jalan Downing, Julai lalu, membuat pengumuman mengejut semalam.

Ia bakal mencetuskan satu pilihan raya kecil di daerah Witney, Oxfordshire, antara kerusi selamat Parti Konservatif selama beberapa dekad.

Cameron, 49, menang dalam pilihan raya umum pada 2015, tetapi tuahnya dalam bidang politik berubah sekelip mata apabila pengundi British menolak rayuannya dan mengambil keputusan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Susulan itu, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, keeskokan harinya tetapi merancang untuk kekal sebagai Ahli Parlimen.

Semalam, beliau berpandangan adalah lebih wajar untuk meninggalkan jawatan sebagai penjawat awam sekali gus.

“Pada pemerhatian saya, peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan realiti politik moden menjadikan agak sukar untuk saya meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen tanpa risiko berdepan keputusan penting yang bakal dibuat pengganti saya di Jalan Downing dan kerajaan,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu juga mengatakan sokongannya terhadap Theresa May, yang menggantikan tempatnya. – WD MY

LEAVE A REPLY