GOPENG, 22 Julai – Cedera…. Tujuh penumpang bas persiaran cedera apabila kenderaan itu merempuh belakang treler di Kilometer 310.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 1.30 pagi itu, penumpang bas cedera di beberapa bahagian seperti kepala, muka dan tangan.

Pemandu bas berusia 40-an pula parah di bahagian kaki kiri akibat tersepit di tempat duduk.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan.

KEADAAN kemalangan yang membabitkan bas persiaran dan treler di Kilometer 310.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Gopeng. – Foto ihsan Bomba

Bas persiaran itu yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Genting Highlands.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Nor Zamri A Wahab, berkata ketika anggota bomba tiba di lokasi, semua 27 penumpang sudah keluar dari bas kecuali pemandu yang tersepit.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan pemandu bas yang tersepit dan operasi tamat jam 2.44 pagi,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY