KUALA LUMPUR, 12 Mei – Letak Jawatan……Akademi Pengarah Malaysia (MINDA)
mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Zakie Ahmad
Shariff berkuatkuasa Selasa lepas.

Menurut kenyataan dari MINDA yang dikeluarkan hari ini, Ahmad Zakie membuat
keputusan itu atas sebab-sebab peribadi walaupun kontraknya adalah untuk tempoh
tiga tahun.

Dalam pada itu, Lembaga Pengarah MINDA telah meluluskan pelantikan pengarah
dan bekas ketua pegawai eksekutif, Datuk Abdul Aziz Abu Bakar sebaghai ketua
pegawsai eksekutif interim sehingga ketua pegawai eksekutif yang baharu
dilantik.

Ahmad Zakie, bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan
dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif pada Mac lepas.

MINDA adalah sebuah organisasi bebas khusus untuk berkhidmat dan mewakili
pengarah korporat Malaysia untuk meningkatkan keberkesanan peranan pengarah dan
lembaga ke arah mencapai tadbir urus korporat yang baik. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY